Suarez semasa tiba ke Univrsiti Perugia untuk menduduki peperiksaan bahasa Itali sebagai syarat permohonan kerakyatan Itali minggu lalu.

MADRID – Bintang kontroversi Barcelona, Luis Suarez didakwa menipu dalam peperiksaan mendapatkan kerakyatan Itali dan menjadi punca bekas pemain Liverpool itu gagal mendapatkan pasport untuk berpindah ke kelab Juventus.

Kini walaupun gagal menyertai kelab Serie A itu kini pemain itu berisiko berdepan tindakan undang-undang pihak berkuasa Itali akibat perbuatan itu.

Suarez telah meneruskan perjalanan ke Perugia minggu lalu untuk menduduki peperiksaan mandatori B1 Itali.

Ia merupakan peperiksaan wajib yang mensyaratkan seseorang individu itu lulus untuk membolehkan menerima pasport Itali.

Juventus mensyaratkan pemain Uruguay itu mendapatkan pasport supaya pemain itu akan dikategorikan sebagai ahli Kesatuan Eropah.

Juara Serie A Itali itu telah memfailkan permohonan kuota pemain bukan Eropah dengan menandatangani pemain dari luar Eropah, Weston McKennie.

Bagaimanapun, perpindahan Suarez ke Juventus gagal setelah Pengarah Sukan skuad the Old Lady Fabio Paratici mengumumkan segala kertas kerja yang diperlukan untuk permohonan pasport oleh Suarez sukar untuk diselesaikan sebelum tarikh jendela perpindahan pemain menutup tirai pada 5 Oktober ini.

Kini pemain itu berkemungkinan dilanda masalah besar dengan pihak berkuasa Itali.

Ini kerana Imigresen Itali mendakwa Suarez mempunyai beberapa pra persetujuan atau beberapa seksyen bercanggah dan tidak menepati seperti dikehendaki dalam ujian kerakyatan itu dan siasatan telah dimulakan terhadapnya.

“Semasa siasatan itu pihak berkuasa Itali berjaya mengesan kewujudan unsur salah laku (penipuan) atau penyelewengan dalam peperiksaan yang diduduki Suarez untuk mendapatkan kerakyatan, kata kenyataan Pejabat Pendakwaraya di Perugia.

“Berdasarkan siasatan itu, terbongkar topik yang ditanya dalam peperiksaan itu telah diketahui awal oleh Suarez manakala segala jawapan untuk soalan-soalan peperiksaaan itu telah diperolehi Suarez lebih awal sebelum mudah menjawab dan lulus peperiksaan.

“Hari ini, polis jenayah komersial Itali Guardia di Finanza berjaya menyerbu pejabat Universiti Perugia dan merampas dokumen penting disyaki berkait rapat dengan unsur jenayah pembocoran rahsia pejabat dan pemalsuan dokumen oleh orang awam,” kata pejabat Pendakwaraya lagi.

Justeru, ketika ujian lisan dikendalikan, pihak berkuasa mendapat tahu Suarez tidak menggunakan sebarang perkataan bahasa Itali yang sepatutnya diperlukan sebagai asas pengetahuan bahasa itu.

“Jika wartawan menyoal dia dalam bahasa Itali nanti, kami rasa dia akan berdepan masalah besar tidak dapat menjawab soalan,” dakwa pihak berkuasa itu yang pergiatkan siasatan kes itu.

Kini Suarez mengharapkan perpindahan ke Atletico Madrid selepas membatalkan kontraknya di Nou Camp.

Namun sekali lagi dilanda masalah apabila the Catalans didakwa menyekat usaha itu kerana Suarez terikat dengan bayaran klausa pelepasan yang masih perlu dipenuhi kelab yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Suarez dikatakan sudah mempersetujui kontrak dua tahun bersama Atletico Madrid untuk memuktamadkan penhijrahan ke kelab La Liga itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast