Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR – Semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan diminta menganjurkan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah, malam ini.

Solat hajat berkenaan akan diadakan secara serentak selepas solat Maghrib.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, baginda Tuanku telah dimasukkan ke Wad Diraja, Institut Jantung Negara selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatannya.

Keadaan baginda dikhabarkan tidak membimbangkan namun masih perlu diawasi doktor. – MalaysiaGazette