Mesyuarat Jemaah Kabinet yang diadakan di hari ini. Twitter KJ

KUALA LUMPUR – ”Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” kata Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, mesyuarat Jemaah Menteri baharu sahaja selesai.

Komen pendek itu ada kaitan dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Dalam pengumuman itu, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Kata Anwar, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Katanya, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.