Nelson Semedo

MADRID – Wolverhampton Wonderers meneruskan pelaburannya dengan membawa masuk pemain Barcelona, Nelson Semedo.

Pengurusnya, Nuno Espirito Santo berkata, pemainpertahanan itu akan mengisi kekosongan Matt Doherty yang menyertai Tottenham Hotspur pada Ogos lalu.

“Ia bukan perkara biasa mendapatkan khidmat pemain berkelas dunia dari kelab bertaraf dunia seperti Barcelona,” kata Pengerusi Eksekutif Wolves, Jeff Shi.

Semedo, 26 melakukan 124 penampilan untuk the Catalans.

Yuran perpindahan berjumlah £37 juta telah dipersetujui dengan Semedo menandatangani kontrak tiga tahun sehingga 2023. – MalaysiaGazette