LOS ANGELES (Reuters) – Walt Disney Co DIS.N on Wednesday menangguhkan penayangan filem adiwira Black Widow serta filem Steven Spielberg West Side Story sehingga 2021 disebabkan kesukaran pengendali panggung wayang menarik pengunjung ke pawagam.

Filem-filem tersebut merupakan antara karya besar yang masih berada dalam jadual Hollywood untuk tahun 2020.

Black Widow ditangguhkan selama enam bulan sehingga Mei 2021 manakala West Side Story bakal ditayangkan pada Disember 2021.

Perubahan tersebut susulan keengganan penonton di Amerika kembali ke pawagam selepas penularan wabak Covid-19.

Pawagam-pawagam di Los Angeles dan New York, dua hab menonton filem terbesar di AS masih ditutup.

Hanya tinggal beberapa filem pecah panggung sahaja dijadualkan ditayang tahun ini iaitu filem James Bond No Time To Die bermula 20 November dan Wonder Women 1984 pada 25 Disember.- MalaysiaGazette