Kelihatan dua ekor ikan paus pilot mati di perairan Tasmania. foto Agensi

TASMANIA – Beberapa paus pilot yang masih hidup selepas mendarat secara besar-besaran di perairan di sini akan dimatikan kerana tidak dapat diselamatkan.

Kira-kira 380 ekor paus itu telah mati – pendaratan terburuk mamalia itu dalam sejarah Australia.

Para penyelamat telah membawa balik sebanyak 70 ekor ke habitat asalnya dan berharap dapat menambah 20 ekor lagi.

Tetapi mereka mengatakan empat ekor ikan paus yang masih hidup kelihatan terlalu letih untuk diselamatkan dan harus dibunuh kerana ia adalah “perkara yang paling berperikemanusiaan”.

“Kami telah berusaha membebaskannya tetapi mereka tidak berdaya,” Dr Kris Carlyon dengan Projek Pemuliharaan Laut.

Menurutnya, tiada peluang untuk melepaskan ikan-ikan tersebut di habitatnya, dan “dalam hal ini, tindakan terbaik adalah mematikannya”.

Keempat-empat haiwan tersebut telah dinilai oleh dokter haiwan sebelum keputusan untuk membunuhnya diambil, “berdasarkan alasan kesejahteraannya”.

Dengan hampir 400 ekor ikan paus yang mati, pasukan penyelamat kini sedang fokus untuk memikirkan apa patut dilakukan dengan bangkai-bangkainya.

Badan ikan itu mungkin akan dibiarkan di pantai, ditanam di sana, dibawa ke tapak pelupusan atau atau dibawa ke laut.

“Kami sedang membuat rancangan,” kata Nic Deka dari Taman dan Perkhidmatan Hidupan Liar Tasmania.

Namun, katanya, keutamaan mereka adalah membuangnya ke laut, tetapi perlu mendapatkan nasihat tepat dari pakar.

“Fokus kami untuk beberapa hari ke depan akan berusaha menahan penyuraian bangkai kerana ketika bangkainya mula terurai, badannya akan mengembung dan mengapung.

“Dengan angin, bangkainya mungkin akan dibawa ombak,” katanya. – MalaysiaGazette