MEXICO CITY – Angka korban akibat koronavirus di Mexico lebih 75,000 kes – keempat tertinggi di duni selepas Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India.
Peningkatan itu memberi cabaran kepada ekonomi negara Latin Amerika itu yang berdepan dengan ancaman kebuluran.
Meskipun sekolah dan pejabat ditutup selama enam bulan, Kerajaan Mexico masih bergelut untuk menangani penyebaran virus berkenaan.
Kementerian Kesihatan melaporkan kira-kira 490 kematian disebabkan penyakit pernafasan semakin menular menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah 75,439 kes.
Lebih separuh daripada populasi aktif Amerika Latin menjalankan pekerjaan tidak formal di kawasan seperti perdagangan jalanan dan buruh domestik.
Di Mexico, bekerja dari rumah atau langkah-langkah penjarakan sosial yang ketat, bererti penduduk tidak mendapat hasil kerana jaringan keselamatan kebajikan negara yang kecil. – MalaysiaGazette