Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau negatif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan kedua.

“Syukur….akan terus patuh arahan KKM,” katanya.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan ini memaklumkan beliau terpaksa membatalkan semua jadual termasuk Ceramah Perdana bersama Perdana Menteri malam tadi selepas diarahkan kuarantin.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) memberitahu, arahan kuarantin dikeluarkan dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu hari ini kerana beliau adalah kontak dengan Datuk Razlan Muhammad Rafiq yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Annuar berkata, Covid-19 tidak mengenal sesiapa, oleh itu semua prosedur operasi standard perlu dipatuhi tanpa kompromi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast