Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Lahad Datu akan ditangguhkan bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Ia susulan saringan kesihatan yang dijalankan ke atas seluruh kakitangannya di pejabat berkenaan.

Meskipun begitu, para pendeposit boleh melakukan transaksi dengan menggunakan perkhidmatan TH JARI, ATM dan perbankan Internet.

Sementara itu, pejabat TH di Tawau dan Semporna pula beroperasi pada jam 10 pagi hingga 3 petang mulai hari ini sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan. – MalaysiaGazette