Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Orang ramai hanya ada dua hari sahaja lagi untuk mendapatkan pengurangan saman kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan sebanyak 70% serta memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ini kerana, pengurangan saman kompaun JPJ serta pengecualian memperbaharui LKM dan LMM dalam tempoh PKP ini akan berakhir esok, kata JPJ.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk melakukan awal urusan ini bagi mengelakkan daripada masalah yang akan timbul akibat kelewatan pada saat akhir. – MalaysiaGazette