KUALA LUMPUR – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Banci 2020 Fasa Kedua (Bersemuka) di seluruh Negeri Sabah.

Ia susulan Pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Negeri Sabah telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 3 Oktober hingga 16 Oktober ini.

Sepatutnya banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) Fasa Kedua iaitu pengumpulan data secara bersemuka akan dilaksanakan bermula pada 7 hingga 24 Oktober 2020.

Katanya, penyesuaian semula pelaksanaan Banci 2020 Fasa Kedua di Negeri Sabah akan dimaklumkan kemudian.

Penyelia dan pembanci yang telah dilantik di Negeri Sabah tidak perlu hadir bertugas sepanjang tempoh Pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Negeri Sabah dan latihan bagi Pembanci di Sabah yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 5 Oktober 2020 turut dihentikan berkuatkuasa serta-merta.

Namun, pelaksanaan Banci 2020 di negeri-negeri lain diteruskan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tertakluk kepada pemakluman dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette