Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir hari ini mengumumkan bahawa hari pertama Syawal 1443H/2022 jatuh pada Selasa, 3 Mei 2022.- Gambar hiasan.

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan bahawa dua daripada tiga kes di dalam komuniti yang diumumkan terdahulu semalam adalah rakyat Malaysia.

Menurutnya seorang daripada mereka adalah lelaki berumur 23 tahun yang dikenal pasti sebagai kontak kes yang disahkan sebelum ini dan dikuarantin.

“Dia diuji semasa menjalani kuarantin bagi menentukan statusnya walaupun tiada gejala penyakit dikesan (asymptomatic),” menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

Seorang lagi adalah wanita rakyat Malaysia berumur 31 tahun dan setakat ini tiada kaitan dengan kes berkenaan.

Menurut kementerian itu kes berkenaan dikesan semasa pelaksanaan ujian komuniti yang ditingkatkan, khusus bagi menguji semua individu berumur 13 tahun dan keatas yang didiagnosis dengan jangkitan pernafasan akut (ARI) semasa diperiksa kali pertama oleh doktor.

Kedua-dua kes itu menjadikan rakyat Malaysia yang dijangkiti di negara republik berkenaan minggu ini, kini berjumlah lima, dan kesemua mereka adalah pemegang pas kerja.

Singapura terdahulu dalam laporan awal hari ini mengesahkan tambahan 23 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes keseluruhan ini adalah 57,765.

Daripada 23 kes itu, empat adalah kes import manakala 16 melibatkan pekerja migran yang menghuni asrama. – MalaysiaGazette