Donald Trump. foto Agensi

WANGSHINTON – Presiden Donald Trump – yang sebelum ini pada Jumaat mengatakan beliau dan isterinya, Melania, didapati positif COVID-19 – berada dalam keadaan baik dan akan terus menjalankan tugasnya, lapor agensi berita yang memetik doktor presiden Amerika Syarikat itu.

“Sekarang presiden dan isteri dalam keadaan baik-baik sahaja dan mereka merancang terus berada di rumah semasa menjalani proses pemulihan.

“Pasukan perubatan Rumah Putih dan saya akan terus memantau dan saya menghargai sokongan diberikan beberapa profesional dan institusi perubatan di negara kita.

“Saya harap Presiden dapat meneruskan tugasnya tanpa sebarang gangguan,” kata Sean Conley dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast