Dr. Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Ahli politik perlu bertindak dengan bertanggungjawab dan tindakan yang diambil sepatutnya mengurangkan malapetaka dalam membuat keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia penting lebih-lebih lagi ketika penularan Covid-19 menghampiri gelombang ketiga dengan bilangan kes aktif kembali semula kepada empat digit seperti yang dialami pada April hingga Jun lalu.

“Saya harap dia (Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg) tidak serius atau kenyataannya disalah erti,” katanya menerusi akaun Twitter.

Semalam, Abang Johari memberi gambaran PRN akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang meskipun kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan Malay Mail, kenyataan tersebut merupakan petunjuk paling jelas Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu mahu mempertahankan mandat yang dipegang mereka. – MalaysiaGazette

PRN Sarawak bila-bila masa dari sekarang, kata KM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast