Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah yang menzahirkan ucapan tahniah sempena sambutan hari ulang tahun agensi ini yang ke-53 pada 1 Oktober lalu.

Titah nasihat serta keprihatinan baginda terhadap usaha-usaha membanteras jenayah rasuah amat dihargai oleh warga SPRM dan rakyat sekalian.

Warga SPRM berjanji akan terus memikul tanggungjawab dan tugas dengan baik dan penuh integriti seperti dititahkan, kata SPRM dalam kenyataannya.

Tambahnya, warga SPRM juga mendoakan agar baginda berada dalam perlindungan Allah dan dikurniakan kesihatan yang sempurna serta memerintah negara Malaysia dengan aman, makmur dan sejahtera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast