Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjalani kuarantin selama dua minggu bermula 3 Oktober selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19 dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.