hajj quota hajj pilgrims Malaysia Makkah Saudi Arabia
Kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 kepada semua bakal jemaah haji. foto Agensi

RIYADH – Selepas setengah tahun sekatan akhirnya semalam para jemaah mula menjalani ibadah umrah di Mekah dengan langkah-langkah pencegahan ketat berikutan Covid-19.

Kumpulan jemaah pertama menunaikan umrah di dengan langkah berjaga-jaga dengan mematuhi peraturan.

Menurut agensi berita, buat kali pertama semalam kira-kira 6,000 jemaah melakukan ibadah umrah dan hanya jumlah itu dibenarkan dalam sehari.

Masjidil Haram akan disanitasi 10 kali sehari dan dilakukan lagi setiap kali selepas sekumpulan jemaah masuk bagi menunaikan umrah.

Akses ke Kaabah dan mencium Hajarultul Aswad masih belum dibenarkan.

Pada awal November nanti, sesiapa sahaja yang datang akan dibenarkan mengunjugi Kaabah dengan kapasiti 20,000 jemaah sehari dan 60,000 dibenarkan beribadat di sekitar kawasan Masjidil Haram.

Sejak Arab Saudi membuka semula proses permohonan menunaikan Umrah pada 27 September, sejumlah 108,041 permit dikeluarkan pada 1 Oktober, menurut Kementerian Haji dan Umrah.- MalaysiaGazette