Masih ramai individu gagal mematuhi SOP PKP ditahan dan dikenakan kompaun serta direman.

KUALA LUMPUR- Seramai 363 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 307 dikenakan kompaun menakala 56 lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (144), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (129), penjarakan fizikal (53), premis beroperasi lebih masa (17), aktiviti dalam pub dan kelab malam (15), masuk kawasan PKPDB tanpa kebenaran (2), langgar perintah kuarantin (1), menjalankan aktiviti perjudian (1), dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah (1),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, seramai 151 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan bersama seorang tekong dalam Operasi Benteng.

Manakala lima kenderaan darat berjaya dirampas.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.