Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menggesa parti politik tanah air supaya melaksanakan ‘gencatan politik’ buat sementara waktu berikutan peningkatan kes COVID-19 kini.

Ketuanya Shahir Adnan berkata tidak dapat dinafikan peningkatan gelombang kali ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan semua ahli politik perlu mengambil iktibar daripadanya.

“Seperti semua sedia maklum, PRN Sabah dilaksanakan kerana konflik politik Sabah sehingga berlakunya pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) Sabah.

“DPIM menggesa agar pemimpin politik memikirkan keresahan dan kebimbangan rakyat, memberikan fokus mereka kepada penyelesaian isu rakyat, terutama membendung COVID-19, ” katanya dalam kenyataan  hari ini.

— BERNAMA