Stephen Miller. foto Agensi

WASHINGTON – Wabak Covid-19 kini merebak di White House apabila individu-individu yang rapat dengan Presiden Donald Trump turut disahkan positif koronavirus berkenaan.

Mereka ialah Penasihat White House, Stephen Miller dan pemimpin tertinggi tentera.

Miller yang telah mengasingkan diri sejak lima hari lalu disahkan positif Covid-19.

Beberapa pegawai tentera telah dikuarantinkan selepas Komander Tentera Laut, Laksamana, Charles Ray turut positif.

Dalam pada itu, Joe Biden berkata, Trump tidak perlu meneruskan debat dengannya sekiranya beliau masih dijangkiti wabak itu.

Mengulas mengenai jadual debat kedua di Miami, Florida pada 15 Oktober ini, Biden berkata, beliau akan dibantu oleh pakar-pakar perubatan.

“Tetapi saya berpendapat jika Trump masih mempunyai simptom Covid-19, beliau tidak seharunya menyertai debat itu,” ujarnya.

Trump sudah kembali bekerja di White House selepas dibenarkan keluar hospital pada hari Isnin lalu walaupun disahkan Covid-19 pada minggu lalu.

Presiden Amerika Syarikat itu menerima rawatan di Pusat Perubatan Walter Reed telah diberi dexamethasone – steroid yang biasanya digunakan untuk pesakit kronik Covid-19, juga bantuan oksigen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast