Arkib Hari Sukan Negara 2018

KUALA LUMPUR- Sambutan Hari Sukan Negara 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyarankan sambutan di peringkat negeri, kementerian, agensi, sekolah, persatuan dan komuniti sukan turut ditangguhkan.

“Kementerian Belia dan Sukan mengambil keputusan untuk menangguhkan sambutan Hari Sukan Negara 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2020 ke satu tarikh yang bersesuaian yang akan diumumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Meskipun tidak menyatakan sebarang sebab mengenai penangguhan tersebut tetapi umum maklum penangguhan tersebut adalah bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang menyaksikan lonjakan kes kebelakangan ini.- MalaysiaGazette