najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana masih lagi cuba untuk menubuhkan kerajaan halimunan yang didakwa mempunyai sokongan majoriti ketika negara masih tidak stabil dengan pandemik Covid-19.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, tindakan itu jelas menjejaskan kestabilan politik negara dan hanya membangkitkan kemarahan rakyat.

“Tolonglah sensitif dan peka dengan masalah yang dihadapi rakyat. Ada yang hilang kerja dan penamatan tempoh moratorium menambahkan lagi beban rakyat.

“Saya mengatakan kerajaan Anwar Ibrahim adalah kerajaan ‘halimunan’ kerana hingga ke hari ini beliau tidak lagi mendedahkan jumlah sokongan terhadapnya,” tulisnya di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu menegaskan, rakyat tidak sanggup lagi menghadapi pertukaran kerajaan dan krisis kepimpinan dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini.

“Fokuslah tentang isu rakyat buat masa ini. Ini bukan masanya untuk kemaruk kuasa dan mengejar kepentingan peribadi. Tolong jaga sensitiviti rakyat!” rayu beliau.

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan sedang menunggu tarikh baharu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan bilangan ahli Parlimen yang menyokong beliau menubuhkan kerajaan baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. mungkin anwar ada cara untok mengatasi segala masaalah. tak cuba tan tahu. rakyat bolleh buat penilaian selepas itu. kerana mahadir anwar tak sempat nak buka langkah. sekarang dia cuba buktikan langkahnya pasti berjaya.

Comments are closed.