Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – Tangguhlah dahulu hasrat nak jadi Perdana Menteri (PM).

Itu nasihat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Negara sedang mengalami penularan pandemik Covid-19 yang kian meningkat. Apakah sudah terhakis rasa belas dan simpati terhadap keresahan dan kepayahan rakyat di semua peringkat ketika ini yang saban hari memerah keringat bahkan berat memikirkan juadah atas meja, sama ada masih mampu terhidang untuk keluarga?” soalnya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar yang dijangka mengadap Yang Dipertuan Agong pada Selasa depan bagi membawa senarai nama ahli Parlimen menyokongnya bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Asyraf Wajdi dalam masa yang sama mengulangi saranannya untuk semua ahli politik melakukan gencatan politik tatkala rakyat resah dan gelisah ekoran penularan pandemik global.

“Sewajarnya untuk ahli-ahli politik melangkaui sempadan parti dapat bersolidariti dan menzahirkan jiwa besar mengenepikan perbezaan dan persengketean demi agenda membantu rakyat,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar mengadap Agong Selasa, 13 Oktober

3 Komen

  1. Apa nak tangguh-tangguh lagi . Dulu macam nak sangat DSAI jadi PM. Nak ugut supaya TSMY bubar parlimen. Kerana covid mengganas sekarang ini, tak mungkin TSMY bubar parlimen. Dia lebih rela letak jawatan dari memangsakan rakyat dengan covid. Selamat berkawan rapat sebagai sekutu dengan DAP rasis cina. Kamu lebih rela bersahabat dengan kafir (DAP) daripada Islam (BERSATU)

Comments are closed.