Friday, April 26, 2024
Home Nasional Pak Lah sihat

Pak Lah sihat

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan kurang sihat sebelum ini kini semakin pulih dan sedang berehat di kediamannya.
Abdullah Ahmad Badawi

KUALA LUMPUR – Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam keadaan sihat walafiat.

Sehubungan itu, pejabat bekas Perdana Menteri itu menafikan satu lagi mesej tular di media sosial berhubung keadaan kesihatan Abdullah.

”Beliau sihat walafiat bersama keluarga,” katanya sambil melahirkan rasa kesal penularan berita palsu yang sama.

Artikel berkaitan:Penyebar berita palsu sila minta maaf kepada Tun Abdullah

Tun Abdullah sihat walafiat

Sebelum ini, pejabat tersebut telah membuat laporan polis pada 10 Ogos lalu selepas mesej tular palsu yang mengaitkan kematian bekas Perdana Menteri itu

Pihaknya menyifatkan mesej palsu tidak boleh dibiarkan kerana ia adalah fitnah dan menyusahkan rakyat. – MalaysiaGazette