Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengenalpasti sebanyak 30 kes palsu dan menyalah mengunakan dana di kalangan majikan bagi Pogram Subsidi Upahan (PSU) yag diumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamed Azman Aziz Mohammed berkata, kes itu melibatkan majikan di beberapa negeri antaranya Kedah dan Selangor.

Bagaimaan jelas beliau, PERKESO tidak dapat mendedahkan jumlah kes tersebut namun sehingga kini, sebanyak RM11.8 bilion subsidi upah telah bayar kepada majikan.

“PERKESO ingin mengingatkan mana-mana pihak yang membuat permintaan palsu serta menyalah menggunakan dana PSU bahawa mereka tidak akan terlepas menggunakan tindakan undang-undang.

“PERKESO juga telah mengesan percubaan membuat permohonan palsu untuk Insentif Pengambilan Pekerja di mana program ini menyediakan insentif kewangan kepada majikan yang menggajikan pekerja dengan tujuan merangsang pewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

“PERKESO kesal ada pihak yang sanggup menangguhkan di udara keruh dalam waktu sukar ini yang dilihat ramai kehilangan punca rezeki.

“Kami melihat serius masalah penyelewengan dana PSU selain Insentif Pengambilan Pekerja dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menyalahgunakan bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat PERKESO di Jalan Ampang di sini hari ini.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed bercakap pada sidang media berhubung tangkapan seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat di Selangor di Menara PERKESO, Jalang Ampang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 OKTOBER 2020.

Sidang media itu diadakan bagi mengesahkan penahanan seorang pengarah urusan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, semalam.

Individu berusia 33 tahun itu direman empat hari bermula hari ini di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas dakwaan mengemukakan penyata akaun palsu bagi mendapatkan bantuan subsidi upah pekerja daripada PERKESO.

Penyata akaun palsu tersebut dikatakan telah dikemukakan pada Mac lalu oleh lelaki itu yang berjumlah lebih RM400,000 sebulan.

Hasil pemalsuan tersebut, syarikat yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuk kebersihan didakwa memperoleh bantuan upah pekerja sedangkan tidak layak mendapat subsidi disebabkan tidak mengalami kekurangan pendapatan kesan pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Mohamed Azman memberitahu pihaknya menerima aduan 281 kes di kalangan pekerja yang mendakwa majikan tidak membayar subsidi upah mereka sejak PSU dilancarkan.

Justeru, beliau menasihati mana-mana majikan yang ada membuat tuntutan palsu atau terlibat dalam penyalahgunaan bantuan kerajaan agar menghubungi PERKESO dan memulangkan kembali bayaran tersebut.

Jelasnya, bagi tujuan pemulangan kembali pembayaran PSU atau Insentif Pengambilan Pekerja, majikan diperlukan untuk membuat pembayaran kepada akaun Maybank bernombor 564427515459 (PERKESO SIP-Bayaran) dengan rujukan Bayaran balik PSU /Insentif Pengambilan Pekerja.

Kata beliau, bukti pembayaran dan maklumat pembayaran balik hendaklah dikemukakan kepada PERKESO melalui emel [email protected].

“Urusan pembayaran balik kepada PERKESO juga boleh dibuat di mana- mana pejabat PERKESO di seluruh negara.  Kami juga mengalu-alukan orang ramai untuk memberi maklumat maklumat penyelewengan permintaan kepada PERKESO atau pihak berkuasa kerana identiti pengadu akan dirahsiakan,” katanya. – MalaysiaGazette