Mohamad Sabu

UALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menasihati rakyat Malaysia terutama ahli-ahli partinya supaya jangan membuat sebarang spekulasi berhubung pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang Dipertuan Agong (YDPA) esok.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli AMANAH agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengguriskan hati mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sejak pengumuman Anwar yang juga Ketua Pembangkang mahu menghadap YDPA esok timbul pelbagai spekulasi dalam politik tanahair.

Menurut Mohamad, pihaknya yakin YDPA cukup arif dalam menguruskan perkara berkenaan.

“AMANAH juga menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan YDPA membuat keputusan dalam hal ini,” ujarnya lagi.

Menurutnya, pimpinan AMANAH akan bermesyuarat bagi menentukan arah tuju parti buat masa ini dan akan datang dengan penuh berhemah.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. inilah ORANG GILA BUAT KENYATAAN…semasa mahathir letak jawtan..PANkhianat DAN SEKUTUNYA kami serah kebijaksnaan YDPA dn menerima sebarang keputusan…tetapi BILA tidak memihak TUDUH tebuk atap khianat mandat rakyat pengkhianat dsbgainya malahan BUAT USUL UNDI TIDAK PERCAYA,,,yg menjurus DERHAKA pada ydpa dn PERLEMBAGAAN NEGARA.

Comments are closed.