KUALA LUMPUR – Kedah berjaya mengisi satu slot automatik ke Piala AFC 2021 selepas mereka menewaskan Perak 3-2 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

Skuad Lang Merah yang sekadar memerlukan keputusan seri untuk layak ke Asia selepas hanya dipisahkan dengan perbezaan satu mata sebelum perlawanan.

Namun kemenangan berjaya diraih di tempat lawan dengan jalan yang sukar selesa mendahului 2-0 selepas setengah jam perlawanan.

Sebaliknya mensia-siakan kelebihan dua jaringan itu apabila membenarkan Perak bangkit mengikat kedudukan di penghujung babak pertama.

Skuad bimbingan Mehmet Durakovic bagaimanapun tidak perlu kecewa kerana satu lagi slot ke Piala AFC 2021 masih boleh direbut iaitu menerusi kejuaraan Piala Malaysia. – MalaysiaGazette