Datuk Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR – Bukit Aman telah menangguhkan janji temu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan berhubung siasatan penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokongnya sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkanĀ  kelak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, Presiden PKR itu sebenarnya diminta untuk hadir memberi keterangan pada 12 Oktober jam 9 pagi.

“NamunĀ  Setiausaha Sulit beliau (Anwar Ibrahim) memaklumkan bahwa Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dapat hadir pada 13 Oktober jam 9 pagi.

“Justeru PDRM telah menangguhkan janji temu tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

Terdahulu, Huzir mengesahkan bahawa satu siasatan berhubung perkara itu.

Tambah beliau, siasatan dimulakan setelah menerima laporan polis daripada Ahli Parlimen Jerantut, Pahang pada 8 Oktober lalu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 505 9b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini sebanyak enam laporan polis telah diterima dan PDRM masih menjalankan siasataan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa sejak kebelakangan ini.

“PDRM menegaskan kepada orang ramai agar tidak gusar dengan penyebaran berita tersebut dan menasihatkan semua pihak yang bertanggungjawab dan berkepentinganĀ  tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.

“PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu, tidak sahih dan mengelirukan orang ramai,”tegasnya.-MalaysiaGazette