Ronald Koemen.

MADRID – Ronald Koemen yang sebelum ini bertanggungjawab menjual beberapa pemain bintang dari kelab itu kini didakwa memutar belit cerita.

Pengurus Barcelona itu mendakwa dia tidak pernah berniat untuk menghalau pemain antarabangsa Uruguay itu dari Nou Camp sebaliknya beliau orang pertama mahu Suarez kekal.

Dakwanya, Suarez seharusnya kekal bersama pasukan dan membuktikan segala tanggapan kelab terhadap prestasinya salah berbanding beralih ke Atletico Madrid.

Pemain berusia 33 tahun itu diberitahu oleh Koeman bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan di Nou Camp.

Suarez telah menhabiskan enam musim yang sukses di Nou Camp dengan menjulang Juara Eropah, empat gelaran La Liga.

“Saya sebenarnya berniat supaya Suarez dapat kekal dengan pasukan kami. Saya tidak pernah bermusuh dengan Suarez dan berhubungan baik dengan dia tapi kelab mahukan rejuvenasi pasukan, dan dia juga bergelut untuk beraksi dalam pasukan.

“Namun saya memaklumkan Suarez bahawa kalau kamu tidak tinggalkan kelab, kamu boleh membuktikan tanggapan kami salah.

“Malangnya dia membuat keputusan untuk tinggalkan kelab dan menyertai Atletico Madrid,’ tegasnya.

Koeman juga mengakui sedar kekecewaan Messi dengan layanan kelab terhadap Suarez.

“Saya cakap kepada Messi, bahawa saya faham kamu (Messi) kecewa dan fikir satu perkara memalukan untuk Barcelona menyebabkan Suarez tinggalkan Nou Camp tapi itu adalah pilihan kelab, bukan saya,” katanya.

Sebelum ini superstar kelab itu Lionel Messi yang juga sahabat akrab Suarez sedih dengan layanan tidak adil yang diberikan kelab terhadap Suarez dan mengkritik pengurusan tertinggi Barcelona.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

“Messi rayu jangan pergi tapi jurulatih mahu saya keluar” – sebak Suarez