"Ketika Anwar jumpa Agong, saya sibuk buat video conferecing dengan pihak tertentu mengenai Covid-19," kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media bersama pengarang media hari ini.-pix FB Muhyiddin.

PUTRAJAYA – “Ketika Anwar jumpa Agong, saya sibuk buat video conferencing dengan pihak tertentu mengenai Covid-19.”

Itu ulasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang Dipertuan Agong (YDPA) hari ini.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak mengikuti perkembangan Ketua Pembangkang.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan YDP untuk membuat keputusan.

“Whatever the decision being made… my focus is not about that. Ketika Anwar jumpa Agong, saya sibuk melakukan video conferencing dengan pihak tertentu mengenai Covid-19. Itu fokus saya,” katanya semasa sidang media bersama pengarang media secara maya di sini hari ini.

Pagi tadi Anwar menghadap YDPA dan mempersembahkan bilangan ahli Parlimen menyokongnya dan kekal dengan dakwaan kerajaan Muhyiddin sudah jatuh.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak mahu bercakap banyak mengenai politik dalam keadaan negara dilanda penularan Covid-19 pada masa ini.

Beliau bimbang apa pandangan masyarakat sekiranya beliau bercakap banyak mengenai isu politik dan Anwar sedangkan rakyat masih terbeban dengan pandemik global.

Terdahulu, beliau menafikan dirinya tidak mahu bertemu media dan selalu membuat sidang media namun keutamaannya sekarang selepas mengambilalih kepimpinan adalah menguruskan isu Covid-19 dan ekonomi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong nasihat Anwar akur perundangan negara