Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah hadir Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 23 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menafikan beliau akan meletakkan jawatan dalam Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, dakwaan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Lokman Adam itu adalah fitnah dan tidak benar.

“Ini fitnah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Lokman Adam pada 11 Oktober lalu mendakwa Shamsul Anuar adalah antara Menteri Kabinet yang akan meletak jawatan, tidak lama lagi.

Pendedahan itu dibuat beliau dalam satu video di Page Facebook Suara Rakyat pada sekitar jam 9 malam pada Ahad lalu.

“Pandangan Kepimpinan UMNO secara keseluruhannya saya tidak pasti tapi Datuk Shamsul Anuar Nasarah bersedia untuk meletakkan jawatan daripada kerajaan dan menghentikan pembulian yang dibuat oleh (Perdana Menteri), Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya. – MalaysiaGazette