Pandikar Amin Mulia

Keadaan politik Malaysia sejak kekalahan kerajaan BN pada PRU14 bercelaru, tidak menentu yang menjurus kepada ketidakstabilan.

Adalah tidak boleh dinafikan bahawa politik sesabuah negara yang tidak stabil akan mengakibatkan ekonomi negara yang berkenaan itu akan terjejas atau tidak stabil juga.

Ketidakstabilan politik Malaysia sejak PRN14 dapat dilihat daripada pertukaran 3 kerajaan dalam masa tidak sampai tiga tahun – dari BN ke- PH dan dari PH kepada PN – adalah merupakan bukti  ketidakstabilan politik Malaysia.

Keterjejasan ekonomi Malaysia ekoran dari politik yang tidak stabil telah menjadi teruk apabila gejala wabak Covid-19 melanda Malaysia.

Kini ada lagi tanda-tanda yang kita nampak dan dengar bahawa kerajaan PN sekarang ini akan tergugat juga kedudukannya.

Persoalan yang merunsingkan fikiran ramai rakyat Malaysia sekarang ini ialah, ‘Adakah Bajet yang akan dibentangkan oleh kerajaan PN pada hujung tahun ini akan mendapat sokongan dari semua Ahli Parlimen sewaktu ianya dibahas atau ianya akan tidak mendapat kelulusan dari Parlimen?

Kalau Parlimen tidak meluluskan bujet pada hujung tahun ini, mungkin salah satu daripada dua perkara menurut perlembagaan akan berlaku:

1. Parlimen akan di bubarkan dan pilihanraya akan di adakan (Artikel 43 (2) )

atau;

2. Parlimen akan dilanjutkan usianya atau di ‘Prorogue’ (Artikel 55 (2) )

Dalam soal ini, saya sependapat dengan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dalam kenyataannya dimana beliau berpendapat bahawa adalah sebaik-baiknya Parlimen tidak dibubar dan di Prorogue.

Akan tetapi, biar lah ‘Proroging’ itu dibuat bukan atas alasan untuk memanjangkan usia kerajaan PN tetapi atas alasan bahawa keselamatan rakyat Malaysia adalah lebih penting daripada pilihanraya.

Wabak Covid-19 yang melanda di Malaysia sekarang ini disifatkan oleh pihak-pihak berwajib sebagai gelombang kedua yang lebih mengancam dari gelombang pertama.

Terutamanya di Sabah ekoran dari mengadakan PRN16 atas agenda politik semata-mata wajar dilihat dari sudut pandangan yang amat serius dan dibuat sebagai iktibar.

Sebagai bukti bahawa kerajaan PN sekarang ini pula amat serius dan komited untuk memerangi wabak Covid-19 ini adalah lebih baik kerajaan PN membuat rombakan Kabinet serta mengadakan Kerajaan Perihatin dengan pemimpin pembangkang PH dijemput menyertai kabinet.

Dengan tindakan sedemikian, maka politiking di Malaysia akan dapat dipinggirkan buat sementara waktu sehingga pandemik maut ini dapat dikalahkan dahulu.

Setelah wabak Covid-19 telah dapat ditangani, maka barulah PRU15 diadakan seperti yang dicadangkan oleh Presiden MIC dalam kenyataannya.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketua Umum USNO/ Mantan Speaker Dewan Rakyat.

Covid-19: YDPA harus gantung Parlimen – Vigneswaran