Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Seramai 481 individu telah ditahan polis kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana 208 individu melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara kesalahan lain adalah tidak menjaga penjarakan fizikal (145); gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (82); membawa penumpang berlebinan dalam sebuab kenderaan (27); langgar syarat/perintah PKBB (10); premis beroperasi lebih masa (enam); tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (dua) dan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen (satu).

Daripada 481, seramai 470 individu telah dikompaun manakala 10 ditahan reman dan seorang dijamin polis.

Bagi Operasi Benteng pula, seramai 37 PATI dan tiga orang tekong telah berjaya ditahan semalam.

Sebanyak enam kenderaan darat juga berjaya dirampas.

“Sejak pelaksanaan Ops Benteng mulai Mei 2020, seramai 7,712 PATI, 775 tekong dan 316 penyeludup telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa di seluruh negara.

“Selain itu, turut dirampas sebanyak 809 kapal/bot, 730 kenderaan darat dan 1801 lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast