Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi membuat permohonan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu ciapan di Twitter, Ahli Parlimen Langkawi itu mengepilkan bersama sepucuk kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 15 Oktober.

“Saya usulkan sekali lagi,” katanya.

Mahathir pernah mengusulkan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin semasa sesi Dewan Rakyat pada Mei lalu.

Pada September 2020, bekas Perdana Menteri itu menyiarkan usul undi tidak percaya beliau di lama sosial kerana kecewa dua kali usul berkenaan tidak dibahaskan di Parlimen.

Katanya, usul berkenaan telah disenaraikan tetapi kerajaan menentukan usul tersebut tidak akan dikemukakan dan dibahas kerana diletakkan pada akhir Sidang Dewan Rakyat sebanyak dua kali.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.