Kecoh Surat Zahid Surat Anwar, Covid-19 Catat 869 Kes! | EDISI 7.45MLM – 17 Oktober 2020

Kes baharu positif Covid-19 hari ini mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 869 kes membabitkan kes jangkitan tempatan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia hari ini sebanyak 19,627 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes positif itu sebahagian besarnya membabitkan kluster Tembok dan empat kematian lagi direkodkan hari ini manakala 91 kes positif COVID- 19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 30 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.