Raymond Ong

KUALA LUMPUR – Raymond Ong Eng Siew dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru Etiqa Insurans Singapura berkuatkuasa semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurans & Takaful, Kamaludin Ahmad berkata, pengalaman luas Raymond dalam pasaran insurans serantau dan tempatan bakal memberi tambah nilai kepada kumpulan.

“Saya yakin bahawa di bawah kepimpinannya, Etiqa Insurans Singapura akan terus merealisasikan potensi sebenarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raymond memiliki pengalaman lebih dari 27 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan dan insurans, setelah memegang berbagai jawatan pengurusan kanan didalam kerjayanya dengan pengalaman dalam bidang aktuari, pengembangan produk, pengurusan risiko, dan kewangan strategis.

Beliau menyertai Etiqa Insurans Singapura dari Great Eastern Life Assurance Co Limited sebagai Ketua Pegawai Risiko Kumpulan tersebut, mengawasi semua aspek pengurusan risiko dan kepatuhan untuk Kumpulan, termasuk pengurusan risiko kewangan, operasi dan teknologi, serta pematuhan peraturan dan tingkah laku pemasaran.

Sebelum itu, Raymond merupakan Ketua Pegawai Kewangan untuk Great Eastern Life Assurance Malaysia (GELM), syarikat insurans hayat terbesar di Malaysia, dan Ketua Aktuari untuk Great Eastern Life Assurance (China) Co Ltd (GELC), yang berpusat di Chongqing, China.

Beliau merupakan aktuari yang berkelayakan, memulakan kerjayanya dengan Monetary Authority of Singapore.- MalaysiaGazette