Akuan bersumpah (SD)  tertera nama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang didakwa menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga tular hari ini.

KUALA LUMPUR – Akuan bersumpah (SD) tertera nama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang didakwa menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga tular hari ini.

SD satu muka surat itu tertera nama Maszlee selaku Ahli Parlimen Simpang Renggam yang siap ditandatangan itu turut memaparkan kad pengenalan beliau.

Ia kononnya ditandatangani Maszlee pada 9 Oktober lalu.

“Saya dengan ini menyatakan sejujurnya dan rela hati tanpa apa-apa janji, ancaman atau darongan bahawa, saya seikhlasnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dicksan (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan ke-9 sehingga sidang Parlimen keempat belas ke-14) dibubar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tulis di dalam SD itu.

Dalam pada itu, SD itu turut berkata, Maszlee bersedia untuk dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

“Saya seikhlasnya memberi Akuan Sumpah ini kepada Anwar Ibrahim dan memberikan kebenaran mutlak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parimen Port Dickson (P132) untuk mengemukakan Akuan Sumpah ini kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” tulis SD berkenaan lagi.

Sokongan Maszlee terhadap Anwar itu didedahkan sebuah portal berita MalaysiaNow, hari ini.

Laporan memetik sumber itu menyebut, tindakan Maszlee itu mengeruhkan lagi hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tindakan Maszlee ini akan mengeruhkan lagi hubungannya dengan Mahathir. – MalaysiaGazette