Jangkitan kes baharu Covid-19 dalam negara semakin melonjak apabila merekodkan 871 kes hari ini dengan 866 kes membabitkan jangkitan tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid19 di Malaysia sebanyak 20,498.

Manakala kes pulih Covid-19 pula tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari iaitu sebanyak 701 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes.