Datuk Seri Ab. Rauf Yusof.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita, Nur Balqis tampil membuat laporan polis hari ini atas satu penyebaran fitnah kononnya beliau telah dirogol oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof.

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Air Keroh, Melaka bagi menafikan penyebaran fitnah yang dibuat seorang individu menggunakan nama Kamaruddin Bin Lajid.

Cerita beliau dirogol oleh pemimpin UMNO itu ditularkan dalam laman sosial Facebook individu berkenaan.

Lelaki terbabit mendakwa, kejadian itu berlaku di sebuah hotel dengan tajuk, Kluster Ames Hotel dan memaparkan Ab. Rauf selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka sebagai pelaku.

Lelaki itu turut menyebarkan fitnah dengan menamakan Balqis iaitu kakitangan Ames Hotel Melaka sebagai mangsa. – MalaysiaGazette