Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung esok di Pahang ditangguhkan .

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan mesyuarat itu memandangkan mereka yang menetap di Selangor dan Kuala Lumpur yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu mendapatkan kebenaran polis untuk ke lokasi mesyuarat.

“SOP (Prosedur Operasi Standard) MKN (Majlis keselamatan Negara) mengenai perjalanan rentas negeri melalui Selangor & WP KL memerlukan kebenaran Polis walau Mesy dibuat di negeri tiada PKPB,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.

Tambah beliau, kes positif Covid-19 yang semakin tinggi juga menyukarkan pertemuan 57 ahli MKT secara bersemuka.

Ahmad berkata, mesyuarat yang ditangguhkan itu akan diadakan selepas PKPB tamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast