Saeb Erekat

RAMALLAH – Saeb Erekat, Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dirawat di hospital akibat COVID-19 pada Ahad setelah keadaannya bertambah buruk, lapor Agensi Anadolu menurut PLO.

Dalam satu kenyataan, PLO berkata Erekat dikejarkan dari rumahnya di Jericho ke Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmaqdis, lokasi beliau akan mendapat rawatan perubatan khas.

Perunding veteran berusia 65 tahun itu didapati positif COVID-19 pada 8 Oktober dan sejak itu menerima rawatan di kediamannya.

Erekat menderita penyakit kronik pada sistem pernafasannya, kesan pembedahan paru-paru yang dijalaninya di Amerika Syarikat pada 2017.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast