Ramkarpal Menyesal Kerjasama Dengan Dr Mahathir | EDISI MG 2ptg – 21 Oktober 2020

Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad serta melahirkan rasa kesal kerana bekerjasama dengan bekas perdana menteri yang disifatkan sebagai punca kepada apa yang berlaku terhadap kerajaan hari ini.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, anak kepada mendiang Karpal Singh itu berkata, beliau pernah meletakkan kepercayaan ke atas Dr Mahathir yang menjanjikan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.