Arahan kerja dari rumah mulai (WFH) esok nampaknya menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Arahan kerja dari rumah mulai (WFH) esok nampaknya menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Rata-rata netizen menyatakan arahan dalam masa singkat punca berlaku kekeliruan baik kepada majikan dan pekerja.

“This is most canggih CMCO, can go pasar malam, pasar pagi, pasar tani, pasar shopping mall, etc but cannot go office!” kata salah seorang netizen.

Seorang lagi pula berkata; “Companies dah huru hara arrange swab test for staff, buat schedule wfh all in 24 hours, pastu at the end of the day (literally, the end of office hours) dia u-turn balik. And yet, korang terhibur tengok dia tukar-tukar barang kat background.”

Ada juga menulis; “Announcement compulsory WFH been announced yesterday at 4.30 pm with guidelines from MITI to follows shortly.

“Today. 9:00 am, roughly 17 hours after the announcement, no news yet from MITI and we got roughly 9 hours left to respond with the guidelines. Great.”

Tidak cukup dengan itu ada juga syarikat terpaksa mengarahkan para pekerja mengisi borang kebenaran merentas negeri dan perlu disiapkan pada malam ini juga ekoran peraturan WFH bermula esok.

Malah Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Jacob George juga mempertikaikan kenapa kerajaan selektif dalam arahan bekerja dari rumah.

Menurutnya, timbul persoalan mengapa pihak pengurusan sahaja dibenarkan bekerja dari rumah sedangkan kakitangan lain perlu ke tempat kerja

BACA: Bekerja dari rumah: Kenapa kerajaan selektif? – Jacob

Dalam pada itu, Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini tahu berlaku sedikit ‘keributan’ berhubung arahan kerja dari rumah bermula esok.

Sambil ‘tergelak kecil’ beliau berkata, ramai tidak sabar untuk mendapat maklumat lanjut mengenainya seperti dipetik dari laporan Malaysiakini hari ini.

Ismail Sabri berkata, semalam beliau memberitahu, pengumuman lanjut akan dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memberikan perincian lebih lanjut mengenai perintah itu.

“Seperti yang saya jelaskan semalam bahawa ketua pengarah perkhidmatan awam dan MITI akan mengeluarkan kenyataan bagi memperincikan pekerja di sektor awam dan industri yang terlibat dengah arahan yang dikeluarkan ini.

“Jadi saya nampak daripada malam semalam huru hara seluruh negara. Ramai yang keliru dan sebagainya walaupun saya sudah katakan semalam bahawa pengumumnya adalah secara general, secara am, iaitu persetujuan kita untuk mengarahkan kerja dari rumah.

“Dan saya kata hari ini baru akan dikeluarkan secara lebih detail oleh ketua pengarah perkhidmatan awam dan MITI.

“Jadi mungkin ramai yang tak sabar walaupun permulaan perintah tersebut adalah besok, tapi ramai yang tak sabar, tertanya-tanya, pelbagai-bagai lagi,” katanya lagi.

Menurutnya, hanya industri yang berada di bawah bidang kuasa MITI dan penjawat awam di bawah JPA yang perlu mengikuti perintah kerja dari rumah untuk kawasan yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Banyak sektor-sektor lain yang dikategorikan sebagai informal sector, seperti sektor peruncitan, makanan, perladangan, pertanian, penjaja, restoran, gerai makan, medan selera, kedai runcit, kedai serbaneka dan lain-lain dibenarkan bekerja seperti biasa mengikut SOP yang ditetapkan.

“Jadi, kedai-kedai lain itu boleh bekerja seperti biasa. Yang melibatkan perkhidmatan perlu bekerja,” katanya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, penjawat awam yang bekerja dalam perkhidmatan penting dan kritikal dikecualikan.

Arahan itu melibatkan 800,000 pekerja sektor industri dan 200,000 pekerja sektor awam peringkat pengurusan dan penyeliaan.

Ismail juga membatalkan pengumuman semalam bahawa semua pihak yang ingin terus bekerja dari pejabat di zon merah diwajibkan menjalani ujian Covid-19.

Sebaliknya, ujian hanya wajib dilakukan bagi pekerja asing yang bekerja di sektor pembinaan dan sebagai pengawal keselamatan di zon merah.

Bagi pekerja lain pula, ia sangat digalakkan membuat ujian.

Dalam pada, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini menegaskan, seramai 776,135 orang pekerja atau 25 peratus pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan diwajibkan bekerja dari rumah mulai esok, selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara.

Bagaimanapun, menurut menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali, mengambil kira keperluan pihak industri yang memerlukan kehadiran sebilangan kecil pekerja peringkat pengurusan dan penyeliaan, MITI bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus daripada jumlah itu berada di pejabat.

Menurut Mohamed Azmin, mereka yang terlibat adalah pekerja perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Tempoh yang dibenarkan berada di pejabat dihadkan selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk tiga hari seminggu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hanya 10% pekerja pengurusan dibenar hadir ke pejabat, had bekerja 4 jam sahaja