Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. foto AFIQ HAMBALI, 21 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA – Sebanyak 732 kes positif Covid-19 yang direkodkan hari ini selepas tiga hari berturut-turut ia mencecah lebih 800 kes.

Namun Sabah hari ini masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 535 kes, manakala Selangor sebanyak 116 kes dan 49 kes daripada kluster sedia ada.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah lapan kes import yang mendapat jangkitan dari Singapura, Nepal Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.

“Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, tiga kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, Ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkanb mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah 454 kes,” katanya ketika sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 hari ini.

Sehingga kini kata Noor Hisham, sebanyak 102 kes positif wabak itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham dalam pada itu memaklumkan enam kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 199 kes bersamaan 0.87 peratus daripada keseluruhan kes.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pertambahan lapan lagi kluster baharu.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. TYT NEGRI SABAH PERLU LETAK JAWATAN KERANA TIDAK BIJAK MENYELESAIKAN MASALAH HINGGA MENYEBABKAN WABAK COVID 19 MEREBAK.

Comments are closed.