Gambar hiasan

SEREMBAN – Daerah Seremban tidak berada dalam kategori Zon Merah COVID-19,  kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.

Menurut beliau, sebanyak 15 kes direkodkan di daerah itu sejak 8 Okt hingga semalam dan Seremban diletakkan dalam Zon Kuning, sekali gus menafikan laporan berita yang tular di media sosial hari ini mengatakan ia dalam Zon Merah.

“Laporan berita itu sudah diterbitkan pada 30 Mac lepas, namun ditularkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab. Isu berkenaan adalah palsu dan tidak tepat.

“Selain menimbulkan kegelisahan dan panik kepada orang awam, ia juga boleh menjejaskan ekonomi setempat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Laporan kononnya Seremban dalam kategori Zon Merah ditular oleh pihak tidak bertanggungjawab susulan berlaku peningkatan kes baharu positif COVID-19 di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Veerapan meminta orang ramai agar berwaspada dengan maklumat yang diterima serta berkongsi dengan orang lain kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas jika didapati menyebarkan maklumat palsu.

Sehingga semalam, Negeri Sembilan merekodkan sembilan kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,119 kes.

— BERNAMA

1 Komen

  1. Lapuran Berita Harian,
    RIO DE JANEIRO: Seorang sukarelawan ujian klinikal bagi vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Universiti Oxford, meninggal dunia di Brazil, menurut pihak berkuasa, semalam.
    Namun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu menerima vaksin berkenaan atau plasebo. Ia adalah kematian pertama dilaporkan dalam ujian vaksin COVID-19 yang dijalankan di serata dunia.

    Janganlah kita menganggap saintis2 atau graduan2 lahir dari Oxford itu bijak sangat dalam semua perkara?

    Hati2!

Comments are closed.