Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zuraida Kamaruddin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim cermin diri sendiri gara gara tindakannya melabelkan kerajaan sebagai tidak sah, tidak kompeten dan menyalahguna kuasa kerana ingin mengisytiharkan darurat.

Zuraida berkata, Presiden PKR itu dilihat lupa bahawa tindakannya baru-baru ini telah menyebabkan ketidakstabilan politik dan gangguan terhadap usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Anwar yang mengadakan sidang akhbar mendakwa kerajaan Tan Sri Muhyiddin telah runtuh dan beliau mempunyai majoriti yang besar dan meyakinkan.

“Beliau meninggalkan sidang akhbar tanpa menamakan satu nama untuk menyokong dakwaannya dan dia lakukannya ketika krisis kesihatan melanda negara.

“Lebih teruk lagi apabila dia diperkenan untuk menemui raja dan sekali lagi gagal untuk menyenaraikan nama Ahli Parlimen yang menyokongnya,” katanya yang juga bekas Naib Presiden PKR dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang merupakan Presiden PKR hari ini berkata,Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menggunakan krisis Covid-19 untuk memungkinkan penyalahgunaan kuasa danĀ  kaedah kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan alasan darurat bagi menangani penularan Covid-19 adalah tindakan tidak demokratik.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, ketika Anwar meneruskan drama, kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus bergelut untuk membendung pandemik itu.

Tambah Zuraida, beliau tidak dapat menyatakan insiden seorang pemimpin politik berkelakuan seperti Awnar ketika negara berhadapan dengan krisis kesihatan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Zuraida berkata, Anwar sepatutnya mengawal diri daripada citi-cita kecilnya itu dan menyokong kerajaan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Apa yg masalahnya,, mahyudin masuk Dewan Dan buat undi ja,, nak takut apa andai masih mempunyai mejoriti.. rakyat dah lama menanti sesuatu yg belum pasti

  2. Zaidi bangang…kalau kerajaan runtuh dan pilihanraya diadakan, nyawa rakyat ko nak letak kat mana? Anwar pun kalau naik akan runtuh juga anytime…korang ni mmg sial laaa..tak habis2 rebut kuasa sampai nyawa rakyat pun ko tak peduli…

Comments are closed.