Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggerakkan pasukan bantuan kesihatan awam yang kedua bagi Covid-19 ke negeri Sabah pada 22 Oktober lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggerakkan pasukan bantuan kesihatan awam yang kedua bagi Covid-19 ke negeri Sabah pada 22 Oktober lalu.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah, seramai 72 orang pegawai pelbagai kategori telah diterbangkan ke negeri berkenaan untuk membantu dalam siasatan kes Covid-19, pengesanan kontak, pengambilan sampel, pengesanan kes aktif, penguatkuasaan Akta Tafsiran 1948/1967 selain Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan aktiviti disinfeksi.

“Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19. Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira dan wirawati negara ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Noor Hisham memaklumkan, menerusi pasukan mobilisasi merupakan anggota dari Ibu Pejabat KKM (satu orang), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan (19 orang), JKN Pahang (16 orang), JKN Terengganu (15 orang), JKN Melaka (10 orang), JKN Perak (enam orang) dan JKN Negeri Sembilan (lima orang).

“Ia terdiri daripada dua orang Pegawai Perubatan, dua orang Penolong Pegawai Perubatan, dua jururawat, 41 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan 25 Pembantu Kesihatan Awam,” katanya menerusi Facebook.

Noor Hisham berkata, kesemua pegawai itu akan ditempatkan di beberapa buah lokasi termasuk Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Papar, Semporna, Lahad Datu, dan Tuaran.

“PKK Kota Kinabalu, PKD Putatan, PKD Ranau dan PKD Tenom (masing-masing 5 orang), PKD Beaufort, PKD Keningau dan PKD Penampang (masing-masing 3 orang),” tambahnya.

Awal Oktober yang lalu, , sejumlah 249 orang anggota perubatan dan 48 orang anggota kesihatan awam telah digerakkan secara dalaman negeri Sabah bagi menangani penularan Covid-19.

Turut digerakkan ketika itu, seramai 130 orang anggota perubatan dan 48 orang anggota kesihatan awam-MalaysiaGazette