Syed Saddiq Syed Abd Rahman

KUALA LUMPUR – Tidak perlu isytihar darurat, kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Siapa kata kerajaan dan pembangkang tidak boleh bersama demi Malaysia.

Tidak perlu isytihar darurat. Panggil semua duduk semeja untuk luluskan Belanjawan 2021,” katanya dalam hantaran Twitternya hari ini.

Dalam hantaran itu beliau turut memuat naik gambar lama yaberbincang dengan pimpinan parti seperti Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Abul Hadi Awang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Menurut Syed Saddiq, melalui kerjasama sesama dahulu mereka pernah meluluskan pindaan usia mengundi pada usia 18 tahun di seluruh negara.

“Kita boleh buat semula (kerjasama antara kerajaan dan pembangkang)!” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Cakap senang sadiq segaraga woiii.. Ko ingat bang non nak luluskan budget ke? Bongok punya statement

  2. Kalau ada ahli politik yang gila kuasa, apa yang kerajaan buat semua dibangkang. Rasa diri dia sahaja yang betul, kalau tidak percaya tanya LKS.

  3. Cakap boleh lah lebih….dlu masa jadi menteri belia dan sukan satu apa tiada..gaya saja lebih..tu lah allah swt cabut jawatan menteri ko…mmg tk layak pegang jawatan.tgok lah lps PRU15 nanti sama ada ko masih peggang parlimen muar atau tk.

Comments are closed.