Najib Razak
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk PKR jika  masih tidak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan Perikatan Nasional selepas apa yang berlaku di Sabah.
Katanya, saranan tersebut telah diketengahkan dalam mesyuarat Barisan Nasional pagi tadi disertai syarat bahawa kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan melibat parti DAP, dan perkara itu ditegaskan beberapa kali dalam mesyuarat tersebut.”Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh kita yang banyak mengambil ahli-ahli parlimen UMNO, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga PRU15?” katanya.

Najib mengulas beberapa laporan yang menyebut ahli Parlimen BN menolak cadangan beliau untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Menyifatkan laporan tersebut sebagai kurang tepat, bekas perdana menteri itu berkata, perihal membuka laluan kerjasama dengan parti-parti lain itu merupakan cadangan kedua yang beliau kemukakan dalam mesyuarat tersebut.

Cadangan pertama, katanya, UMNO perlu mendesak satu tarikh yang tetap untuk pilihan raya umum selepas Covid-19 terkawal kerana membubar Parlimen untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat memilih semula juga pilihan parti semasa perdana menteri ketujuh meletakkan jawatan Februari lalu.

Katanya, beliau juga berpendapat bahawa Perdana Menteri kelapan telah mencorak langkah yang salah untuk meminta darurat dalam usaha mengekalkan kuasa.

“Dan saya bimbang bahawa permintaan dia yang ditolak YDP Agong dan Raja-raja Melayu boleh menyebabkan UMNO disalahkan pengundi,” katanya.

Menulis lanjut tentang syarat-syarat cadangan kedua, Najib berkata, ia termasuk membuka jalan untuk UMNO mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi.

Ini berikutan pada masa kini Bersatu memonopoli jawatan perdana menteri, menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti UMNO, Pas atau mana-mana parti lain.

“Dengan ini kita boleh merangka pelan bantuan dan rangsangan ekonomi yang lebih effektif seperti melanjutkan moratorium pinjaman serta mempercepatkan pakej bantuan khusus untuk Sabah yang amat diperlukan segera tetapi gagal dikeluarkan sejak sebulan dahulu walaupun impak kepada Sabah pada masa kini adalah amat parah,” katanya.

Najib berkata, beliau juga terbuka kepada pilihan untuk meneruskan sokongan bersyarat kepada kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU15 dengan syarat supaya UMNO dan BN diberi peranan lebih besar terutamanya dalam hal-ehwal berhubung rancangan ekonomi.

“Apapun, itu antara cadangan dan pendapat saya dalam mesyuarat hari ini. Terpulang kepada parti untuk menilai dan membincang cadangan-cadangan ini.

“Sebagai orang parti, saya akan terus menyokong keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang sedang bermesyuarat malam ini,” katanya sambil memaklumkan tiada sesiapa pun dalam mesyuarat hari ini yang menyerangnya kerana mengetengahkan cadangan tersebut.

2 Komen

  1. Jika Najib and the gang terus nk bekerjasama dgn Anwar dgn alaskan konon layan PPBM. PPBM dan PAS perlu bersatu teguh. Majoriti Melayu tidak akan menyokong Anwar dan DAP. Pilihan Raya seterusnya org Melayu akan memastikan UMNO hangus menjadi arang

  2. Yg menjadikan keadaan politik tanah air bergolak hinggakan kerajaan tidak dapat berfungsi adalah berpunca dari pemimpin UMNO sendiri yg sebelum ini main tarik tali sekejap begini sekejap begitu. Kalau dah buat keputusan nak sokong Anwar sokonglah betul betul.Memang benar lah hadith nabi berfirman diakhir zaman nanti pemimpin yg baik dan beramah dikatakan jahat sebaliknya pemimpin yg jahat serta korup dikatakan baik.Lihatlah pemimpin atasan UMNO sekarang , orang yg memimpin sekarang ini semuanya terpalit dgn tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Comments are closed.