Hijjaz kini kembali dengan sebuah lagu lama yang pernah dipopularkan oleh biduan teragung Malaysia, Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa.

KUALA LUMPUR – Muzik sememangnya salah satu cara terbaik untuk berkongsi dan menyampaikan dakwah. Ini jelas terbukti, pelbagai lagu dengan pesanan serta ajaran positif yang pernah dipopularkan oleh ramai artis tempatan danĀ  juga antarabangsa.

Kini, sebuah lagu lama yang pernah dipopularkan oleh biduan, Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa telah diberikan nafas baru untuk menyampaikan pesanan positif tentang baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Lagu yang memuji kemuliaan Rasulullah S.A.W. iniĀ  dinyanyikan oleh kumpulan nasyid popular Hijjaz bersama bintang program Mentor musim ketujuh, Pasya serta pasangan penyanyi hip hop Kmy Kmo dan Luca Sickta yang juga merupakan artis rakaman Universal Music Malaysia.

Biarpun lagu ini digubah P. Ramlee sendiri, liriknya ditulis oleh Jamil Sulong, dan versi baru ini memaparkan lirik nukilan ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim bersama-sama dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Di dalam prosess pembincangan lagu Tiada Kata Secantik Bahasa 2020, Isman berkata, idea untuk menghasilkan lagu itu timbul sejak dua tahun lalu.

Luca Sickta.

“Apabila Hijjaz berada di Madinah membuat umrah, terdetik hati adakah lagu daripada Tan Sri P. Ramlee kalau diubah kepada selawat Nabi S.A.W. peminat dapat menerima dengan kombinasi 3 genre ini , Rock, Nasyid dan Hip Hop.

“Apabila pihak Universal Music berjumpa dan berbincang dengan kami, cadangan ini dapat dikemaskan dengan idea-idea yang memberangsangkan. Daripada pihak MonkeyBone juga, idea ini diterima baik oleh artis dan memberi kerjasama yang amat positif.

“Gabungan ini diharap peminat di luar dapat menerima kelainan lagu ini dengan berselawat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Luca Sickta berkata, muzik adalah universal dan tiada yang mustahil kalau artis mencuba sesuatu kelainan asalkan mesej yang hendak disampaikan dapat mendapat tempat di hati.

Dalam pada itu, idea untuk membuat lagu ini telah dirancang oleh Isman dan Penasihat A&R Domestik Universal Music Malaysia, Hermond Cheng.

Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.

Video muzik rasmi Tiada Kata Secantik Bahasa 2020 juga boleh dilayari di saluran YouTube Unviersal Music Malaysia. – MalaysiaGazette